Greet1

Ayam Kampung dimasak Kari, Lauk Kari Nasi Beriani, Sedap dimakan berkali-kali, Wahai pelajar-pelajarku yang bijak bestari, Selalulah menjenguk ke website ini, Muat turun nota atau latihan sekali Kalau tidak cikgu babab....

Tuesday 26 June 2012

Topik 1 : Malaysia Kekal Berdaulat

1.0  Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

1 .1 Negara 


1.1.1 Definisi Negara 
 i. Sesebuah masyarakat bebas yang menduduki kawasan atau wilayah dalam had sempadan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan.  atau
ii. Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. atau
iii. Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan. atau
iv. Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.



1.1.2 Konsep Negara Berdaulat

Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah dan mempunyai sempadan yang jelas selain itu mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta kebebasan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.



1.2  Ciri-ciri Negara Berdaulat
i.   Sempadan / wilayah yang jelas
ii.  Penduduk tetap untuk sesebuah negara bangsa.
      a.  Jumlah     b..  Bangsa    
iii.  Kerajaan sah & sistem pentadbiran teratur.
  iv.  Negara berdaulat & berupaya mengawal hal-ehwal dalam negeri / negara.
5v.   Hubungan diplomatik


1.3   Sistem Kerajaan dan Peranan


1.3.1 Sistem Kerajaan

1.3.1.1  Definisi Kerajaan
    Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

atau

Institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu: 
 i. Badan Petadbiran (Eksekutif)      ii. Badan Perundangan (Judisiari)    iii. Badan Kehakiman (Legislatif)


1.3.1.2  Sistem Kerajaan
  • Definisi : institusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang :            
  •  i. bertanggungjawab menggubal dan   
  •  ii. melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti Parlimen,Majlis Raja-raja,Kabinet,kementerian dan mahkamah. 
  
1.3.1.3  Peranan Kerajaan
  • Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara.
  • Menyediakan Kemudahan Ekonomi
  • Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan
  • Memastikan Keamanan dan Ketenteraman
  • Menstabilkan Persaingan
  • Perlindungan Alam Sekitar
  • Penyediaan Keperluan Asasi


1.4  Jenis-jenis Kerajaan Dunia

1.4.1  Kesatuan
  • ØCiri-ciri :   pemerintahan melalui pemusatan kuasa.
  •  ØKerajaan Pusat menghendaki semua negeri melepaskan semua kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Pusat
  •  ØKuasa pentadbiran tempatan/negeri dijalankan melalui arahan daripada Kerajaan Pusat. 
  • Contoh negara :     Britain

1.4.2  Konfederasi
  • ØCiri-ciri :   Kerajaan Negeri memiliki kuasa mutlak. Kerajaan Pusat memiliki kuasa terhad.
  • Dokumen yang mewujudkan pertubuhan bersama antara negeri lebih merupai perjanjian @ permuafakatan bukan perlembagaan. 
  • Contoh negara : Tiada negara yg mengamalkan jenis kerajaan ini

1.4.3 Persekutuan
  • Ciri-ciri: Suatu sistem pemerintahan terdiri daripada gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • ØKerajaan Negeri punyai kuasa autonomi ke atas perkara yang tak memerlukan keseragaman.
  • Antara kuasa mutlak Kerajaan Negeri ialah: 1. hutan 2. tanah 3. air   4. galianØ 
  • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas perkara-perkara berhubung dengan luar negara & perkara-perkara umum seperti pelajaran & kewangan.  
Kesimpulan Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri :
Jenis Kerajaan
Kerajaan Pusat
Kerajaan Negeri
Kesatuan
Ya

Konfederasi

Ya
Persekutuan
Ya
Ya
 


2.0 Pembentukan Malaysia

2.1   Kemerdekaan Tanah Melayu
  • Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.
  • Kesan :  Membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
  • Perpaduan anatara tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India menghasilkan Perjanjian London (8 Februari 1956) dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

2.2   Penubuhan Malaysia
  • Pembentukan persekutuan baru dirancang berlaku pada 1 jun 1963.
  • Beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina tentang pembentukan Malaysia melambatkan pengisytiharan hingga 16 september 1963.
  • Penangguhan ini kerana PBB membuat pungutan suara dari Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia.
  • Pembentukan Malaysia pada 16 september 1963 menggabungkan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  • Dua masalah besar timbul diawal penubuhan :
    • Indonesia menuntut Malaysia
    • Filipina menuntut Sabah
  • Singpura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.


2.3   Sebab Pembentukan Malaysia

2.3.1  Keselamatan
  • Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang makin bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo.
  • Harapan melalui penubuhan gagasan baru ini => kestabilan politik mengekang ancaman komunis.

2.3.2  Mengimbangi Penduduk
  • Penubuhan gagasan Malaysia mengelakkan ketidakseimbangan kaum.

2.3.3  Kemajuan Ekonomi Bersama
  • Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama-sama.
  • Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
  • Sumber alam Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ekonomi.

2.3.4  Mempercepat Proses Kemerdekaan
  • Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

2.4   Proses Pembentukan Malaysia
  • Jawatankuasa Perundingan perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan. 
    •         Tujuan JPPM : 
      • i.                    memberitahu orang ramai tentang Malaysia 
      • ii.                  mengumpulkan sambutan terhadap Malaysia 
      • iii.                menyediakan memorandum tentang cara pembentukan Malaysia
  • JPPM memberi peluang kepada pemimpn Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan tentang gagasan Malaysia.
  • Satu memorandum disusun semula dan dihantar ke Suruhanjaya Cobbold (23 Februari 1962). Kandungan memorandum ialah :
    • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia
    • Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
    • Agama Islam => agama Persekutuan tetapi, rakyat bebas beragama
    • Bahasa Melayu => bahasa kebangsaan tetapi, bahasa lain masih boleh digunakan.
    • Hak istimewa seperti Orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak
    • Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.
    • Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
2.5. Penentangan Gagasan Malaysia
  • Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu tetapi gagal. 
    •         Akhirnya Filipina mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun1966.
  • Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia.  Indonesia meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang penubuhan gagasan Malaysia.
    o        Laporan PBB : penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Indonesia tidak dapat menerima keputusan ini.
    o        Persetujuan telah dicapai antara Tun Abdul Razak dengan Adam Malikdi Bangkok dan  Perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

2.6   Akta Malaysia
 Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk negara Malaysia.

2.6.1 Pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.
1. Parlimen British 
2. Parlimen Tanah Melayu
3. Dewan Perhimpunan Singapura 
4. Majlis Undangan Sarawak
5. Majlis Undangan Sabah.

2.6.2 Kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.
1. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen dalam pilihanraya.
7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment